see~

Wednesday, January 25, 2012

seperti membunuh diri sendiri..

assalamualaikum..
rasanya sudah pasti ramai yg tahu bahawa kerajaan ada mengingatkan tentang bahayanya rokok, dan kita juga tahu islam turut mengharamkan penggunaan rokok WALAUPUN tidak dinyatakn secara terangan di dalam Al-Quran mahupun hadis. TETAPI kita semua tahu bahawa hukumnya makruh, bukan? saya senantiasa tertanya-tanya, posisi sebenar rokok terhadap kehidupan seharian kita.



marilah kita hayati alquran, fahami ia dengan penuh keinsafan.

firman ALLAH s.w.t, surah al-Nisa', ayat 29 yang bermaksud "...dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri; sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang kepada kamu."

mengapakah di umpamakan merokok itu seperti membunuh diri? seperti yang telah kita ketahui, tembakau di dalam rokok itu mengandungi nikotin yang sgt merbahaya pada kita yang boleh membunuh kita secara perlahan2 malah lebih cepat daripada arsenik dan racun tikus.

firmanNya lagi dalam surah al-Isra', ayat 27 yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar terhadap Tuhannya"

hakikatnya ayat di atas dapat dikaitkan dengan perokok yang telah berhabis wang ringgit untuk rokok sahaja yang lebih teruk lagi mereka membazirkan nyawa yang telah Allah s.w.t kurniakan.

dalam Riwayat Ahmad daripada Ibn Abbas r.huma., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak boleh memberi mudarat dan membalas mudarat."

merokok juga membahayakn orang di sekeliling akibat daripada asap rokok. Ibu bapa, anak isteri, saudara mara, turut terkena tempiasnya.

dalam hadis lain riwayat alBukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.huma., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang makan sayur ini (bawang), maka janganlah ia menghampiri masjid-masjid kami sehingga hilang baunya."

dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " sesungguhnya (bau busuk itu) menganggu para malaikat sebagaimana ia mengganggu manusia (kerananya)."

seperti yang kita tahu bau rokok sangat menganggu dan kurang menyenangkan, jadi renungkan lah hadis diatas.

berikut adalah petikan daripada laman sesawang halaqah.net:

apabila seseorang menghisap atau menghidu asap rokok, ia akan masuk melalui kerongkong dan terus ke paru paru. Kandungan asap nya akan menyebabkan kerosakan tisu sepanjang perjalanan ruang ini. Kesannya mengakibatkan penyakit kerongkong, paru2 dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru2 dan merosakkan saluran bronkus yang menyebabkan bronkitis ( penyakit paru2).

juga menybabkan kerosakan pundi udara dalam paru2 (alveolus) dan menyebabkan penyakit emfisema. asap rokok yg dihidu juga melalui saluran penghadaman dan pencernaan yang menyebabkan penyakit bhgn esofagus, perut dan pankreas.

Racun rokok yang masuk kedalam saluran air dalam badan akan memasuki saluran darah dan dibawa keseluruh badan juga membuatkan saluran darah arteri menjadi sempit dan merosakkan dinding arteri.


jadi, terpulang lah pada anda untuk menafsirkan apa yang telah saya tuliskan, semoga Allah s.w.t memberkati hidup kita semua samada di dunia mahupun akhirat.

sekian.


Sumber rujukan: Solusi 40.

Saturday, August 20, 2011

hati....


bila hati mula berbicara,
lidah jadi kelu tanpa kata,
lalu jadi kaku entah mengapa,

wahai sang hati,
bersabarlah akan dugaan ini,
tenanglah dengan ujian ini,
sesungguhnya setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan,
yang telah DIA janjikan.

Wednesday, June 1, 2011

PANTANG!!

menjadi lumrah wanita yang sudah selamat bersalin, menjalani pantang..PANTANG!! ok! means....no ice cream! no cold drinks! no mcD! and it means NOoooooooO for everything!! (bukan semua la..tapi hampir semua..T____T).. dan yang paling 'evil' nye pantang ni, tak boleh sesuka hati turun naik tangga, apatah lagi bersalin secara operate..wah..24/7 dalam bilik..

TAPI!
tak mengapa, saya masih lagi boleh bersabar, sebab lagi berapa hari je lagi nak habis pantang ni..lepas tu kita enjoy!!! dah macam2 plan dalam kepala ni..nak ke sana ke mari best nye jenjalan!.huhu

by the way, nah ambil gambar baby saya yang di beri nama AMANI FARYSSA BT MUHD AMIRUL MUKMININ..sekian...

Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari IBU!

Semenjak 8 tahun yang lepas, hidupku diselubungi rasa kesedihan yang teramat sgt, keresahan hati, dan kesukaran untuk bernafas di bumi Allah ini. Namun aku pasrah dengan takdir yang telah Allah tetapkan ke atas ku di atas pemergian arwah ibuku, Sarimah Bt Mohd Sharis pada 4 April 2003,bersamaan hari Jumaat, jam 0245 ptg. Semenjak itu, semua tugasan rumah tangga diuruskan oleh aku, termasuk adik2 yang masih kecil. Namun, aku rasa bersyukur kerana masih lagi mempunyai seorang Abah yang penyayang. Beliau yang menjaga kami, mencari nafkah siang dan malam, dan tidak pernah merungut sedikit masalah pun pada kami.

Tanggal 31 Ogos 2003, bapaku bernikah dengan seorang wanita yang diharapkan dapat membantuku menguruskan rumahtangga, dan kami menggelarnya umi, sebagai pengganti ibu yang telah pergi,. Namun, tidak semua yang diharapkan akan berjalan dengan lancar, kita hanya merancang, Tetapi Allah yang menentukan. Antara kami, kurang sefahaman,tetapi, kami tetap menjalani rutin harian seperti biasa dan berdoa, agar suatu hari nanti pasti Allah akan memberikan yang terbaik.

Hari demi hari kami lalui, sehinggalah aku bertemu dengan suami ku, dan bernikah pada 1 Ogos 2010. Pertemuan kami sungguh singkat, dan dari situ bermulakehidupan aku sebagai seorang isteri, dan aku mempunyai ayah dan ibu mertua yang telah ku anggap seperti ibu dan ayah ku sendiri.

Ayah,
Walaupun kadang2 kau kelihatan garang, tetapi aku tau dari sudut hatimu, kau seorang yang penyayang. Kami leka dan sering mengabaikan kasih sayang terhadap mu, namun kau tetap sabar dan gigih dalam membentuk kami menjadi insan berguna suatu hari nanti.
Aku bersyukur, kerana beliau telah mendidik anak2nya dengan sempurna sekali ajaran agamanya. Bertuah aku dikurniakan ayah mertua sepertinya.

Emak,
Walaupun, beliau tidak melahirkan aku, tetapi, hatinya sungguh murni, dengan sifat keibuan yang ada pada dirinya, aku terasa seperti aku masih mempunyai ibu kandung. Beliau yang menguruskan urusan urut mengurut selepas aku bersalin, beliau yeng membelikan minyak kelapa dara untuk dibuat air selusuh, beliau yang memasak untuk aku makan tanpa sedikit pun merungut ketika aku sedang sarat mengandung, beliau yang banyak memberi nasihat tatkala aku dan suami leka akan hal duniawi. Aku teringat, seandainya ibu ku masih lagi ada, pasti arwah akan melakukan perkara yang sama seperti apa yang emak lakukan untuk aku. Aku sangat terharu dengan pengorbanan emak. Terasa seperti hendak memeluk beliau erat2 dan mengandaikan beliau seprti ibu kandungku. Sesungguhnya, aku bersyukur kerana dikurniakan ibu mertua yang sangat baik hatinya.

Jadi, untuk itu SELAMAT HARI IBU untuk semua ibu yang ada di dunia ini. Pengorbanan anda memang tidak dapat digantikan dengan apa cara sekalipun..Semoga Allah merahmati kamu wahai IBU.

*Entri ini bukan untuk membodek atau sekadar mengambil hati, tetapi ia ikhlas dari hati ini

Sunday, March 20, 2011

sunyi~

lafaz cinta terlipat rapi
dalam sunyi yang memelukku erat
aku ingin memaknai air mata
tapi..dinding rasaku telah beku
muara hatiku telah gersang

aku lelah mencerna kata
serpihan saja terurai bisu
ada luka yang bertakhta disana
tersimpan bersama sketsa senyum rindu
itu yang ku sebut cinta

bertepis dengan kenangan
tak sedarkan cinta
menari-nari dengan indah di depan mata
hati yang berprasangka
lebih memilih tersudut dalam sunyi

Rindu laut
Yang resah pada badai
Andai ada bunga di bungkah karangku
Maka ombak tak bisa lagi mengikis pantai
Duhai angin, tak bisakah kau mendengar
Nadiku yang bergolak membiru?

Ah..! tepiskan angan tak berarti ini
Hilangkan semua rasa itu
Rasa yang pahit menuai haru
Sedih resah menjadi satu
Karnanya ku tuang penat dalam hati
Dengan goresan tinta cintaku
Berirama penuh dengan arti

Friday, March 18, 2011

Kawe nok kecek kelate pung tok sir lagi...

Setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa berdua2an akhirnya, kelantan juga destinasi kami kali ini. Kebetulan pula keluarga umi mengadakan kenduri menyambut menantu di Tumpat dan kebetulan juga ada kenduri kawen salah seorang staff funcel di Pasir Mas, Kelantan.
kalau nak diikutkan saya memang tak larat nk pergi sebab perut dah semakin membolat, tetapi suami mencadangkan agar kami ke sana menaiki flight, saya pun bersetuju kerana perjalanan mengambil masa hanya 1 jam berbanding menaiki kereta, 10 jam.

Jadi, pada 16 mac, 7 a.m kami pun bertolak dari rumah menuju ke putrajaya, dan meltakkan kereta di rumah pakcik suami, dan anaknya pula menghantar kami ke Lcct. Masa berlepas adalah jam 1025 a.m jadi kami makan dan berbual sambil menunggu masa tiba. Bila nk boarding je depa duk tahan:

stewardess: eh, puan mengandung ye?
saya: haa..aaaa...aah..yea...(alamak! ape aku nk jawab ni...nmpak pulak..mcmna bole terlupa nk cover perut ni?Adoi!)
stewardess: puan dah dapat kebenaran belum? berapa bulan?
saya: belum, depa lepas je....dalam 5 bulan...(padahal dah nk 8 bulan..tgh sarat kot...nasib baik perot comel...nmpak kecil drpd biasa..hehe)
stewardess: ok...isi borang pelepasan dulu..
saya:ok...(wah! semakin lambat...saya nk duk tepi tingkap! tak suke!)

*hmm...harap yang ibu mengandung yang lain jgn tipu usia kandungan ye, nanti jadi cam saya, mula2 nk flight nk naik tu punya la cuak takot terberanak...tp saya cakap kat dorang 5 bulan...hehe..takot la pape jadi kan susah..

Sampai saja di Airport Sultan Ismail Petra, Kelantan, kami mencari kereta sewa dan terus gerak menuju rumah pengantin di Pasir Mas. Ini adalah kali kedua saya menghadiri kenduri kawen di negeri serambi mekah ini, dan suasana nya amat jauh berbeza berbanding dengan majlis perkahwinan di negeri lain. Di sini, tiada paluan kompang, nyanyian, joget lambak, dj, karaoke,dan sebagainya. Sambutan nya amat sederhana, dan tidak berlebih2an. Namun begitu, majlis tetap berjalan lancar. Saya lebih suka dengan majlis sebegini, kerana ia tidak bersifat menunjuk2, membazir, dan tidak membebankan.Semoga Allah memberkati pasangan pengantin ini dan mengurniakan anak2 yang sihat, ramai dan comel... huhu...

Destinasi seterusnya, kami mencari rumah keluarga umi ( untuk kenduri yang lagi satu keesokkan harinya). Berpusing2 kami mencari kampung berlian, siap tanya budak2 lagi..

Saya: adik sekolah kebangsaan kok keli kat mana ya?
Adik tersebut: haa! haa! sambil muka berkerut
saya & suami: sk kok keli..sk kok keli...
Adik tersebut:owh...skoloh?skoloh? koloh? koloh kok keli..mung teghuh jo..teghuh jo..
saya : ok...terima kasih adik...sambil terpinga2..aiyoh sungguh pekat bahasa mereka..suami boleh la faham sikit2...saya ni agak nya memang out teros..haha memang tok sir lagi..haha akhirnya kami terpaksa telepon abah juga ambil kami di depan skoloh kok keli tu...sbb dah tataw jalan betol2 dah..huhu

aktiviti malam saya duk tidur ja di bilik hotel akibat kepenatan..kami menginap di grand riverview, berdepan dengan sg kelantan..hehe

ni lah gambar2 keesokan hari nya..

ini gambar masa sarapangambar di dalam bilik hotel yang mengadap bandar kota bharu


berikut adalah gambar dirumah pengantin, di Tumpat
(kali ni pergi pun berjam2 pusing sbb jalan yang kami ikut semalam tutup untuk tujuan pembaikan..jadi pusing jauh lah..keluar balik, tanya orang, tanya posmen, tubik2, perkataan apa lagi semua keluar..ceq tak paham lor..huhu ponin den! last2 abah jua yang pergi mengambil...huhu)

rakan2 atau pembaca sekalian, anda lihat perut ku semakin membesar selari dengan ketembaman pipiku dan badan ku..waduh2!
(*suami pun bakal mengikuti jejak langkah..T_T)



anak dara + bakal mak dara..hehe
(*ouh! tengok la tu sungguh besar daripada biasa..T_T)

anak menantu + mertua..=)

*pic pengantin tak sempat nk snap..huu

selesai kenduri di tumpat kami pun bergerak pulang ke Kota bharu untuk membeli buah tangan nk bawa balik KL.. Flight kami pada malam tersebut jam 1010 p.m T_T...cepat kan?huhu
sempat la menyinggah di pasar ct khadijah kejap..then teros ke Airport sbb pukul 7 p.m dah kena pulang kereta sewa...so..berkampung la di airport smpai jam 10 p.m, then balik rumah..sampai dalam jam 1 pg lah lebih kurang...sangat penat..tapi enjoy..=)

Jadi, sampai di sini lah cerita saya bersama suami di kelantan...Next time kalau nk pergi, kene lah lama sikit...x larat saya yang berbadan dua ni nk berlagak slim...adeh!
wasalam.











Friday, March 11, 2011

babyMu, babyKu jua...heh heh

Tergelak besar saya mendengar statement suami "..babymu, babyku jua.." haha macam comel je gitu..al maklum lah bakal menanti kelahiran permata hati sulung kami...berdebar rasanya..tinggal lagi beberapa hari je lagi..perut ni pun dah rasa macam nk meletup pun ada, yelah sebelum ni tak pernah lagi se'buncit' ini..teehee..

Start dah masuk 28 minggu hari tu, doc dah pesan suruh kira pergerakan bayi setiap hari, dari pagi sampai cukup 10 kali. Kalau nk ikutkan malas nk kira, sebab sebelum minggu 28 lagi baby dah gerak sangat aktif (mungkin ikot bapaknye kot..har! har!) rasa macam dah tak terkira lah...tapi disebabkan ada kes baby terbelit tali pusat dan lemas dalam perut, saya pun kene lah berhati2 dan mengira pergerakan baby.
kalau nak ikutkan teruja nya menanti baby lahir ni memang lah tak dapat nk dikontrol, kalau boleh 24 jam nk g scan tgk dia kat dalam komputer doc tu, tp memandangkan banyak lagi koje lain nk di setelkan, tak dapek lah den nk nolong..hmm..ramai yang tanya, dah ada persiapan untuk baby belum? haaaaa....kalau nk ikotkan hati sang mummy ni, kandungan seawal 5 bulan dah nk pegi membeli belah, tapi disebabkan sang suami yang sentiasa mengpostpone..beli waktu kandungan 6 bulan sikit, 7 bulan sikit...so, ini lah hasil nya:

Ini adalah beberapa koleksi baju long sleeve,colorful kan??huhu ada beberapa yang suami pilihkan, kak ipar, dan saya sendiri.. Ada bebrapa yang di taja oleh abang ipar..hehe

pic no 2 ni pulak,untuk baju short sleeve. Kebanyakan baju adalah campuran untuk baby boy and baby girl, sebab saya tak nak terlalu yakin dengan jawapan scan dari doc, semua ni Allah SWT yang tentukan last minit. Apa pun saya terima, semoga lahir dalam keadaan sihat sejahtera.

ok, next...

haaa....!! ni sangat penting ni,baby punya mitten and booties, topi nya, binder nye towel..(ni tak habis beli lagi ni..)

next...

ini pun sama penting barang mandian, nappies, baby wipe, botol susu (just in case..hehe) dan juga tilam untuk tidur dengan mummy and abi..Untuk baby punya playpan dan buaian dah ada orang nk bagi, stroller and car seat pon sama, rezeki baby, alhamdulillah..=)

setakat ini itulah persiapannya...

Ada juga orang tanya kenapa saya tidak ke kelas antenatal, saya menjawab mahal, dan cukup sekadar saya bertanya orang yang berpengalaman dan buku2 mengenai penjagaan bayi yang melambak di pasaran.

(sebahagian besar saya pinjam dari kakak ipar..)

Jadi, harapan saya agar didoakan keselamatan kelahiran bayi saya pada 17 mei ini, semoga Allah SWT merahmati kita semua, amiin..