Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2011

bercerita tentang CINTA.....

Assalamualaikum semua, Hari ini post fathy adalah tentang cinta huhu...anyway, cinta menurut saya adalah sesuatu yang tak boleh kita elakkan iaitu sesuatu yang lahir ikhlas dari hati untuk sesuatu atau seseorang. Tetapi ramai yang dah tersalah tafsir apa itu cinta sebenarnya. Memang tak dinafikan, cinta yang sebenar2nya adalah untuk Allah swt dan itulah yang wajib diutamakan. Tetapi bagaimana pula cinta akan sesuatu atau pada seseorang? salahkah? memang tidak salah, cuma jangan sampai berlebih2an. Kadangkala saya sendiri mengaku yang terlalu berlebih2 dalam menyintai seseorang sehingga menyebabkan diri ini lalai dan leka terhadap mana yang patut diutamakan. Tetapi cepat2 saya sedar kan diri bahawa cinta sesama manusia itu tidak kekal seperti mana cinta kepada Allah swt. Ada sesetengah manusia yang sanggup berkorban apa sahaja demi orang tersayang, sehingga sanggup mengabdikan diri, tidak peduli hal orang lain. Lidah mereka menyebut tentang betapa kukuhnya agama mereka, tetapi mengapa