Skip to main content

berKAHWIN di usia 22 tahun-bersediakah aku?

salam sejahtera kesemuanya
melihat tajuk di atas, mungkin anda semua terfikir, apakah benar saya akan mengakhiri zaman bujang di usia 22 tahun?sudah bersediakah saya untuk menempuh alam perkahwinan?bagi kesemua rakan-rakan seperjuangan saya yang sama2 baru menamatkan waktu belajar, pasti rasa nak terjatuh jantung dengar saya akan berkahwin dahulu..(teehee..) semuanya dirancang oleh Allah S.W.T, tiada siapa mampu menolaknya sekiranya Dia menyatakan jadi, maka jadilah ia, sekiranya tidak, maka tidaklah ia.

Menurut rakan2 saya, perkahwinan insyaAllah akan didahului oleh kawan saya yg lain dan bukan saya, tetapi dengan kuasa Allah S.W.T berkemungkinan saya akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga (insyaAllah Sekiranya jadi)

Pertemuan saya dengan seorang lelaki yang bernama Muhd Amirul Mukminin,  banyak membuatkan saya berfikir, dan kadang2 smpai termenung memikirkan apa yang membuatkan saya tidak boleh lepas pandangan dari dia. Dalam beberapa lelaki, beliau seorg sahaja yang begitu berbeza dengan sifat dan sikapnya yang begitu menjaga peribadi saya. Sumpah saya katakan, memandangnya, membuatkan hati saya tenang, sejuk, serta sentiasa tersenyum memikirkannya. Bukan berniat memuja, tetapi itulah apa yang lahir dari hati saya seikhlasnya.

Perkenalan selama sebulan tidak begitu meyakinkan saya untuk menerima lamaran perkahwinan beliau, kerana saya tidak langsung yakin dengan perhubungan yang baru. Tetapi apa entah yang menguatkan hati saya untuk memikirkan keputusan penerimaan atau penolakan lamaran tersebut. Mungkin ini dinamakan jodoh..*blushing*

Apa yang merunsingkan saya adalah keputusan penerimaan ini mungkin akan mengecewakan beberapa pihak yang sudah lama menunggu saya. Maafkan saya kerana mungkin keputusan ini menyebabkan hati kalian hancur. Tetapi apa yang saya boleh katakan faktor pemilihan keluarga juga amat berpengaruh dalam situasi sebegini. Saya bukan tidak mampu bertindak apa2 cuma, Allah S.W.T telah membuka hati saya sedikit demi sedikit untuk mempertimbangkan lamarannya yang pada mulanya saya ingin menolak.

Mungkin orang akan mengatakan yang saya seorang yang kejam, tak berhati perut, tidak setia dan sebagainya, tapi percayalah pada kehendak Allah S.W.T, tanpa kehendakNya, kita tak mampu berbuat apa2 dan pastinya keredhaan ibu bapa yang kita cari memandangkan saya bukan seorang anak yang baik, jadi apa lagi yg harus saya lakukan selain mencari keredhaan mereka.

Terus terang saya katakan bahawa, Amirul bnyk menyedarkan saya bahawa, hidup bekeluarga itu sememangnya wajib di utamakan. Mungkin daripada perkataan nya, tidak begitu jelas, tp sememangnya saya mungkin berasa bersyukur kerana insyaAllah akan dikurniakan bakal suami yang mempunyai hubungan keluarga yang sungguh erat sehinggakan saya merasa malu dan sedih dengan perhubungan keluarga saya, yang seolah2 mencari apabila senang sahaja, dan ditinggalkan terkontang kanting apabila susah.
Akhir-akhir ini pun saya mula membuka hati saya untuk berbaik dengan ibu tiri saya, entah macam mana, hati saya menjadi begitu lembut, yang sebelum ini sememangnya keras sekerasnya.

Pertemuan Bapa kedua belah keluarga sudah pun diaturkan, dan insyaAllah bulan depan akan ada rombongan meminang datang ke rumah saya. Apa yang saya harapkan Amirul boleh menerima saya yang serba kekurangan ini, dan saya dengan senangnya memberitahu, saya tiada apa dalam dunia ni harta, kekayaan, tetapi insyaAllah, impian saya untuk menjadi seorang isteri yang solehah di mana saya akan berpegang pada 1 perkataan "Tempatnya Siti Fathinah Zahidah adalah di sisi Muhd Amirul Mukminin" insyaAllah.

Popular posts from this blog

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

Kawe nok kecek kelate pung tok sir lagi...

Setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa berdua2an akhirnya, kelantan juga destinasi kami kali ini. Kebetulan pula keluarga umi mengadakan kenduri menyambut menantu di Tumpat dan kebetulan juga ada kenduri kawen salah seorang staff funcel di Pasir Mas, Kelantan. kalau nak diikutkan saya memang tak larat nk pergi sebab perut dah semakin membolat, tetapi suami mencadangkan agar kami ke sana menaiki flight, saya pun bersetuju kerana perjalanan mengambil masa hanya 1 jam berbanding menaiki kereta, 10 jam. Jadi, pada 16 mac, 7 a.m kami pun bertolak dari rumah menuju ke putrajaya, dan meltakkan kereta di rumah pakcik suami, dan anaknya pula menghantar kami ke Lcct. Masa berlepas adalah jam 1025 a.m jadi kami makan dan berbual sambil menunggu masa tiba. Bila nk boarding je depa duk tahan: stewardess: eh, puan mengandung ye? saya: haa..aaaa...aah..yea...(alamak! ape aku nk jawab ni...nmpak pulak..mcmna bole terlupa nk cover perut ni?Adoi!) stewardess: puan dah dapat kebenaran belum? be...

having a baby?? what a surprise!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya..mudah2an semuanya berjalan dgn lancar seperti yg dikehendaki.. entri kali ini lebih menuju ke arah kehidupan baru yg bakal dilalui oleh saya dan suami. Bersyukur saya kepada Allah S.w.t kerana dilimpahkan kurniaan rezeki zuriat yang mencecah 8 minggu..bak kata kawan saya, "bunting pelamin kau ye..." haha.. Sungguh saya akui walaupun kandungan saya baru mencecah beberapa minggu, tetapi saya sudah tidak sabar untuk melahirkan. Tempoh 9 bulan itu tidak lah terlalu lama bagi saya (pejam celik pejam celik...dah 9 bulan) tetapi untuk menahan sakit dan peritnya sewaktu proses pertukaran hormon aka morning sickness terjadi amatlah menyeksakan, dan akhirnya 9 bulan itu dijadikan satu tempoh yang agak lama bagi saya. Sekarang baru lah saya merasakan bagaimana susahnya ibu mengandungkan saya dahulu, inikan pula saat kelahiran. Kata suami saya, " wanita itu mempunyai kekuatannya tersendiri yang Allah s.w.t ciptakan untuk m...