Skip to main content

impianku materialistik~

Assalamualaikum pembuka kata..senyum lah selalu  bagi memastikan keserian wajah anda...=)
Benar, bukan mudah untuk berurusan dengan manusia materialistik dan gila harta. Ada yang terpaksa berpisah dengan kekasih tersayang disebabkan adanya sifat ibu bapa kekasih mereka yang terlalu mengukur status kemewahan bakal menantu mereka. Ada pula isteri yang kecewa kerana tidak dibelikan barang-barang kemas, baju-baju ala mak datin, perabot import dan sebagainya. Kadangkala hal yang kecil seperti tidak dapat perabot baru pun boleh menjadi punca perceraian. Ada pula adik-beradik yang sanggup berperang dan berparang kerana berebutkan sepohon pisang peninggalan arwah ibu mereka. Sungguh menakutkan sekali sifat materialistik dan gila harta ini.


Apabila menyebut tentang materialistik sudah pasti ramai yang memikirkan ianya bersifat kebendaan yang hanya wujud di dalam dunia manusia, tetapi semua nya akan hancur dalam sekelip mata sahaja apabila sampai seruNya..Namun begitu, saya sebagai manusia biasa juga turut tidak terlepas mempunyai sedikit sifat materialistik ini, yang menjadi tunjang utama kepada impian saya..


Impian saya berbentuk materialistik adalah seperti mempunyai sebuah kereta yang sudah lama diidamkan iaitu, wolkswagen golf GTI MK6 (seperti di bawah)





Model sport compact  keluaran negara German ini mempunyai kuasa 210bhp-260bhp dengan 360 Newton meter kuasa Tork (wow! apakah!) puas saya memahami maksudnya, tapi tetap juga tak faham,kene lah saya bertanya pada yang pakar..Ianya dijual pada harga Rm210,000-Rm230,000 untuk basic,dan bg yang sudah di upgrade adalah pada harga Rm250,000-Rm 265,000... agaknya tahun bila lah saya dapat pakai, dan memilikinya sendiri..(ceh...lesen pun takde...ade hati.. -___-")


Selain itu, di sebabkan saya sangat suka bergambar, saya berimpian untuk memiliki sebuah kamera DSLR seperti ini:
Canon EOS 400D / Digital Rebel XTi 

Gambar di atas adalah contoh sahaja, sekiranya ingin membeli, saya kene survey dahulu, untuk mendapat kan yang terbaik..Tapi adakah itu cukup memuaskan bagi saya dalam hidup ini? (sesungguhnya manusia sering tidak berpuas hati dengan apa yang sudah merka miliki) jadi saya hanya berkongsi impian anda akan apa yang saya impikan, jika ada,ada lah, sekiranya tidak, maka tidak lah..



selain itu, impian materialistik ku dari segi penjenamaan (branding) juga amat dititikberatkan disini. Contohnya, saya adalah peminat setia Esprit  (tp barangan yang ada pun seciput..teehee). 


Sebab minat sangat ade satu jam esprit warna grey, sampai lusuh saya pakai, berangan nk tukar tali tp bila fikir harga...diam aje..huhu





Lebih Kurang macam ni la rupanya time baru mula-mula beli..sekarang takyah cerita la..teehee....

Selain itu, saya juga berimpian untuk memiliki sebuah rumah yang dilengkapi denga perabot IKEA..wah kemain lagi kalau bab berangan kan~ (^_^)


(seronok nya kalau sentiasa ada sales kan2?hahaha)

hmm..baiklah post ini hanya lah di buat untuk mengisi masa lapang apabila teringat..mungkin ada banyak lagi impian materialistikku yang lain...jadi tunggu lah..(^__^) bye!
Assalamualaikum






Popular posts from this blog

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

Kawe nok kecek kelate pung tok sir lagi...

Setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa berdua2an akhirnya, kelantan juga destinasi kami kali ini. Kebetulan pula keluarga umi mengadakan kenduri menyambut menantu di Tumpat dan kebetulan juga ada kenduri kawen salah seorang staff funcel di Pasir Mas, Kelantan. kalau nak diikutkan saya memang tak larat nk pergi sebab perut dah semakin membolat, tetapi suami mencadangkan agar kami ke sana menaiki flight, saya pun bersetuju kerana perjalanan mengambil masa hanya 1 jam berbanding menaiki kereta, 10 jam. Jadi, pada 16 mac, 7 a.m kami pun bertolak dari rumah menuju ke putrajaya, dan meltakkan kereta di rumah pakcik suami, dan anaknya pula menghantar kami ke Lcct. Masa berlepas adalah jam 1025 a.m jadi kami makan dan berbual sambil menunggu masa tiba. Bila nk boarding je depa duk tahan: stewardess: eh, puan mengandung ye? saya: haa..aaaa...aah..yea...(alamak! ape aku nk jawab ni...nmpak pulak..mcmna bole terlupa nk cover perut ni?Adoi!) stewardess: puan dah dapat kebenaran belum? be...

having a baby?? what a surprise!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya..mudah2an semuanya berjalan dgn lancar seperti yg dikehendaki.. entri kali ini lebih menuju ke arah kehidupan baru yg bakal dilalui oleh saya dan suami. Bersyukur saya kepada Allah S.w.t kerana dilimpahkan kurniaan rezeki zuriat yang mencecah 8 minggu..bak kata kawan saya, "bunting pelamin kau ye..." haha.. Sungguh saya akui walaupun kandungan saya baru mencecah beberapa minggu, tetapi saya sudah tidak sabar untuk melahirkan. Tempoh 9 bulan itu tidak lah terlalu lama bagi saya (pejam celik pejam celik...dah 9 bulan) tetapi untuk menahan sakit dan peritnya sewaktu proses pertukaran hormon aka morning sickness terjadi amatlah menyeksakan, dan akhirnya 9 bulan itu dijadikan satu tempoh yang agak lama bagi saya. Sekarang baru lah saya merasakan bagaimana susahnya ibu mengandungkan saya dahulu, inikan pula saat kelahiran. Kata suami saya, " wanita itu mempunyai kekuatannya tersendiri yang Allah s.w.t ciptakan untuk m...