Skip to main content

bercinta biar SERIBU, berkawan biar SATU...APAKAH???


dalam banyak-banyak peribahasa, kenapa peribahasa ni macam pelik??? owh sbb ayatnye terbalik antara SATU dengan SERIBU..antara satu dengan seribu mana lagi best? mesti la seribu kan sbb symbolic cam banyak. Tapi dalam banyak2 seribu tu, tidak semstinya selalu datangnya kegembiraan dan menjamin kebahagiaan... yeah apakah maksud sebnarnya ni??


actually, this is peribahasa yang digunakan oleh seorang kawan saya yang sgt cantik dan bijak orangnya..dalam banyak2 peribahasa yang paling dia tekankan adalah peribahasa "bercinta biar seribu, berkawan biar satu". Semenjak dia dikecewakan seorang jejaka bernama "M" (ceh mcm dalam ruangan keluh kesah kak esah plak..teehee.."_ _) dia terus menjadi seorang yang sentiasa tidak pernah puas dengan seorang jejaka..tamabahan lagi, mempunyai aset rupa dan bijak..tetapi apa yang menjadi tanda soal dalam hati saya ni, boleh ke dia bertahan dengan seorang kawan dan seribu lelaki??ceh...betul2 tak memahami...

jadi saya pun memulakan la persoalannya disitu,bagaiamana, kenapa, dimana, siapakah, apakah..etc...begini katanya..

"..sebenarnya, bercinta biar seribu tu membawa maksud perlu nya kita berkasih sayang sesama umat manusia tetapi dihadkan dari segi pergaulan, manakala berkawan biar satu tu membawa maksud, kawan adalah segala2nya, maka hendaklah kita berkawan dengan seorang yang kita cintai, kerana kawan itulah yang akan membantu dan membimbing kita untuk selamanya,yang akan bersama dengan kita susah senang iaitu,suami kita..jadi cintailah dia dengan seribu kemanisan, dan hanya dia lah kawan anda yang satu yang akan bersama susah dan senang sepanjang hidupmu.."

T___T, sungguh terharu mendengarnya...jadi ada benarnya juga apa yang dia cakap..jadi, renung2kan, dan selamat beramal!

Comments

Popular posts from this blog

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

Kawe nok kecek kelate pung tok sir lagi...

Setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa berdua2an akhirnya, kelantan juga destinasi kami kali ini. Kebetulan pula keluarga umi mengadakan kenduri menyambut menantu di Tumpat dan kebetulan juga ada kenduri kawen salah seorang staff funcel di Pasir Mas, Kelantan. kalau nak diikutkan saya memang tak larat nk pergi sebab perut dah semakin membolat, tetapi suami mencadangkan agar kami ke sana menaiki flight, saya pun bersetuju kerana perjalanan mengambil masa hanya 1 jam berbanding menaiki kereta, 10 jam. Jadi, pada 16 mac, 7 a.m kami pun bertolak dari rumah menuju ke putrajaya, dan meltakkan kereta di rumah pakcik suami, dan anaknya pula menghantar kami ke Lcct. Masa berlepas adalah jam 1025 a.m jadi kami makan dan berbual sambil menunggu masa tiba. Bila nk boarding je depa duk tahan: stewardess: eh, puan mengandung ye? saya: haa..aaaa...aah..yea...(alamak! ape aku nk jawab ni...nmpak pulak..mcmna bole terlupa nk cover perut ni?Adoi!) stewardess: puan dah dapat kebenaran belum? be...

Terima Kasih Sayangku

\ 1 August adalah ulangtahun perkahwinan ku bersama suami tercinta. Sudah genap 6 tahun kami mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 3 cahaya mata, Amani Faryssa, Amru Fathullah, Aisya Zulaikha. Aisya zulaikha telah pergi mendahului kami menanti dipintu syurga.  Esoknya,2august 2016 kami didatangi dgn berita duka, atuk perempuan yang paling ku sayangi telah pergi menghadap Penciptanya. Arwah atuk (Sahadar Bt Dawood) berasal kepulauan sumatera dan datang ke Malaysia Sejak dari kecil lagi bersama kakak kandung. Kehidupan yang sangat susah sejak dari kecil membuatkan atuk sangat cergas dan cekap dalam membuat kerja rumah. Setiap kali kami pulang ke kampung, atuk mesti bangun dan masak..walaupun beliau sedang demam atau sakit..kaki bengkak.. masih lg tersenyum melihat kami. Saya dibesarkan oleh arwah atuk sejak dari bayi lagi. Waktu itu Abah dan arwah mak masih bekerja. Jadi atuk lah yang banyak membantu menjaga cucu dia yg sorang ni. Bermacam perangai..tapi atuk mas...