baru pagi tadi suami saya menyebut tentang poligami. Baru seminggu bernikah kot..dah sebut pasal poligami...hmm, benda ni sgt merunsingkan hati saya, yang sehingga waktu saya menulis post ini pun masih lagi terganggu dgn perkataan P.O.L.I.G.A.M.I...Wah sungguh berat ujian untuk kaum hawa ini kan...
namun begitu, dalam pada hati saya memberontak untuk mengatakan TIDAK, tetapi mulut saya berkata, SAYA IZINKAN..mengapa?
hakikatnya disini, sang suami harus faham, TIDAK pada hati bererti, tidak mahu berkongsi kasih sayang, dimana saya membayangkan apa jua yang dilakukan bersama suami selama hidup bersama,akan dilakukan juga bersama wanita lain..sanggup kah?pasti cemburu meluap2..mmg pada niat sang suami itu ingin membantu kaum hawa di luar sana, tapi sebanyak manakah yang anda bantu mereka sekiranya, dalam masa yang sama anda menyakiti hati seorg wanita yg selama ini di sisi anda..maknanya sama seperti anda tidak membantu apa2 bukan???
tetapi, secara rasionalnya..Saya MENGIZINKAN atas beberapa sebab. Pertamanya, sememangnya lelaki itu mampu untuk berpoligami dari segi zahir, batin..dan perlu memahami apa itu hakikat nikah yang sebenarnya. Keduanya, berpoligami diizinkan sekiranya saya memang seorang isteri yang tidak bertanggunggjawab atas semua urusan terhadap suami saya..dan Ketiganya, berpoligami akan diizinkan sekiranya benar isterinya tidak boleh memberikan zuriat kepadanya..
jadi fikir2 kan lah, saya tidak langsung rugi apa2, saya sayangkan suami saya, apa yang saya harap kan sekiranya benarlah sudah tertulis bahawa beliau akan berpoligami, maka saya redha, dan berdoa agar beliau sentiasa berterusan membimbing saya (yang degil ni) menjadi wanita solehah, dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan sehingga akhir hayat..dan selamat di dunia mahupun di akhirat..
Comments
-kata amirul