Skip to main content

having a baby?? what a surprise!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya..mudah2an semuanya berjalan dgn lancar seperti yg dikehendaki.. entri kali ini lebih menuju ke arah kehidupan baru yg bakal dilalui oleh saya dan suami.

Bersyukur saya kepada Allah S.w.t kerana dilimpahkan kurniaan rezeki zuriat yang mencecah 8 minggu..bak kata kawan saya, "bunting pelamin kau ye..." haha..

Sungguh saya akui walaupun kandungan saya baru mencecah beberapa minggu, tetapi saya sudah tidak sabar untuk melahirkan. Tempoh 9 bulan itu tidak lah terlalu lama bagi saya (pejam celik pejam celik...dah 9 bulan) tetapi untuk menahan sakit dan peritnya sewaktu proses pertukaran hormon aka morning sickness terjadi amatlah menyeksakan, dan akhirnya 9 bulan itu dijadikan satu tempoh yang agak lama bagi saya.

Sekarang baru lah saya merasakan bagaimana susahnya ibu mengandungkan saya dahulu, inikan pula saat kelahiran. Kata suami saya, " wanita itu mempunyai kekuatannya tersendiri yang Allah s.w.t ciptakan untuk menahan kesakitan sebegitu rupa, berbaloi dengan ganjaran yang akan diterima di akhirat kelak..". Sesungguhnya Allah itu maha bijaksana lagi maha adil.. Jadi itulah pegangan saya supaya menjadi kuat dan tidak lembik..tapi kalau saya dah flat sangat tu memang betul2 sakit la tu..dah memang tak boleh blah dah..hmm


Setelah saya disahkan mengandung oleh doktor di Klinik Johari, saya di berikan ubat tahan muntah dan juga folic acid. Folic acid ni sangat bagus untuk memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi anda seiring dengan tumbesaran nya dan ia juga bagus untuk perkembangan otak bayi.

Dan hasil daripada urine test, konsultasi bersama doktor, dan juga ubatan, kos nya hanya RM24. RM24! terlalu murah bagi saya. Tetapi saya tetapkan rezeki anak, Allah nak bagi, Alhamdulillah, syukur!


Pengalaman untuk saya kongsikan apabila mengandung ni, mungkin tidak banyak lagi, sebab baru beberapa minggu, jadi tunggu lah entri saya yang berikutnya. Namun begitu, apa yang saya dapat katakan, suami lebih memahami, dan saya rasa lebih disayangi, hehe..tapi orang kata biasalah anak pertama.. huhu...no komen,itu biar suami saya yang menjawab.. >.<
Jadi harapan saya semoga anak yang saya kandungkan ini menjadi anak yang soleh/solehah kelak ....dapat membaca Al quran macam Muhammad Taha Al-Junayd pun dah ok..sejuk perut mummy...huhu..Amiin...Assalamualaikum wbt.

Comments

puanseri said…
tahniah eh. mak ang CT. klu dapat dua mcm gambar tu syoknya! semoga tabah menghadapi ujian mengandung.
~FathinaZahida~ said…
thanx kak ain, mudah2an di permudah kan..kak ain bila nk tambah lagi 1...haha
Dila Jamalia said…
omg congrats kakak! yg mmbace tumpang happy :'D

Popular posts from this blog

Terima Kasih Sayangku

\ 1 August adalah ulangtahun perkahwinan ku bersama suami tercinta. Sudah genap 6 tahun kami mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 3 cahaya mata, Amani Faryssa, Amru Fathullah, Aisya Zulaikha. Aisya zulaikha telah pergi mendahului kami menanti dipintu syurga.  Esoknya,2august 2016 kami didatangi dgn berita duka, atuk perempuan yang paling ku sayangi telah pergi menghadap Penciptanya. Arwah atuk (Sahadar Bt Dawood) berasal kepulauan sumatera dan datang ke Malaysia Sejak dari kecil lagi bersama kakak kandung. Kehidupan yang sangat susah sejak dari kecil membuatkan atuk sangat cergas dan cekap dalam membuat kerja rumah. Setiap kali kami pulang ke kampung, atuk mesti bangun dan masak..walaupun beliau sedang demam atau sakit..kaki bengkak.. masih lg tersenyum melihat kami. Saya dibesarkan oleh arwah atuk sejak dari bayi lagi. Waktu itu Abah dan arwah mak masih bekerja. Jadi atuk lah yang banyak membantu menjaga cucu dia yg sorang ni. Bermacam perangai..tapi atuk mas...

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

sabar itu indah

Meniti hari sebagai seorang manusia yang daif tentang ilmu, amat mendukacitakan. kita di berikan akal untuk digunakan ke arah kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Tapi kita sering lupa, setiap ilmu yang Allah kurniakan kadang2 kita lupa untuk mengamalkannya. Lebih teruk lagi, langsung tidak mengamalkannya.  Aku bukan insan yang sempurna di mata manusia,sering melakukan kesilapan. Tapi aku kadang terlupa bahawa sempurna di mata manusia tidak sepenting sempurna di mata Allah. Aku percaya bahawa setiap ujian yang aku lalui adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kesyukuranku pada Tuhan Pencipta Alam. Sungguh, kadang pabila ada musibah yang melanda, aku kurang sabar, aku kurang syukur. Nah!! setan menghasut dengan pelbagai hasutan supaya aku berpaling, supaya aku alpa bahawa semua musibah itu adalah kurniaan daripada Allah agar aku menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa, dan bermunajat hanya padaNya. Sabar, Sungguh mengagumkan apabila seorang muslimah dapat m...