Assalamualaikum semua,
Hari ini post fathy adalah tentang cinta huhu...anyway, cinta menurut saya adalah sesuatu yang tak boleh kita elakkan iaitu sesuatu yang lahir ikhlas dari hati untuk sesuatu atau seseorang. Tetapi ramai yang dah tersalah tafsir apa itu cinta sebenarnya.
Memang tak dinafikan, cinta yang sebenar2nya adalah untuk Allah swt dan itulah yang wajib diutamakan. Tetapi bagaimana pula cinta akan sesuatu atau pada seseorang? salahkah? memang tidak salah, cuma jangan sampai berlebih2an. Kadangkala saya sendiri mengaku yang terlalu berlebih2 dalam menyintai seseorang sehingga menyebabkan diri ini lalai dan leka terhadap mana yang patut diutamakan. Tetapi cepat2 saya sedar kan diri bahawa cinta sesama manusia itu tidak kekal seperti mana cinta kepada Allah swt.
Ada sesetengah manusia yang sanggup berkorban apa sahaja demi orang tersayang, sehingga sanggup mengabdikan diri, tidak peduli hal orang lain. Lidah mereka menyebut tentang betapa kukuhnya agama mereka, tetapi mengapa tidak menjalin hubungan yang baik sesama manusia sekeliling? membataskan hubungan sesama muhrim, rakan2 dan sebagainya. Inikah yang dinamakan CINTA sejati? Kita tidak seharusnya berkelakuan sebegitu kerana islam menuntut kita berbaik sesama umat islam begitu juga yang bukan islam. Fikir2kanlah.
Lain pula ceritanya dengan sahabat karib perempuan saya ni. Orangnya sgt baik budi, cantik, dan mempunyai seorang kekasih. Mereka sudah hampir 2 tahun menjalin kasih, namun akhirnya terputus di tengah jalan akibat perbuatan yang tidak disangka2 oleh kekasihnya. Kasihan saya melihatnya kerana ini pertama kali dia bercinta tetapi berakhir sebegini. Saya tidak dapat membantu apa2 selain hanya memberi nasihat. Tetapi saya pasti yang kecewanya tidak berkesudahan kerana dia sudah merancang untuk bernikah, tetapi lain pula jadinya.
Sampai hari ini saya masih tertanya2 apakah yang diperlukan dalam sesuatu perhubungan?Apakah yang perlu dilakukan supaya dapat memuaskan kedua2 belah pihak? Kerana, bermacam2 ragam saya lihat manusia hari ini. Bercinta memang tiada salahnya, tetapi ada masa kita perlu tetap akan pendirian kita, jangan goyah dek panahan cinta yang belum pasti nya menjadi milik kita, dan nasihat saya jangan terlalu yakin akan Cinta selagi belum lafaz akadnya.
Jadi , sampai di sini sahajalah coretan saya tentang cinta, sekiranya ada kekurangan maafkan saya, dan tolong perbetulkan kerana saya bukanlah orang yang berpengalaman tentang agama, tetapi sekadar berkongsi apa yang saya tahu sahaja. Wassalam...
Hari ini post fathy adalah tentang cinta
Comments