Skip to main content

Kawe nok kecek kelate pung tok sir lagi...

Setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa berdua2an akhirnya, kelantan juga destinasi kami kali ini. Kebetulan pula keluarga umi mengadakan kenduri menyambut menantu di Tumpat dan kebetulan juga ada kenduri kawen salah seorang staff funcel di Pasir Mas, Kelantan.
kalau nak diikutkan saya memang tak larat nk pergi sebab perut dah semakin membolat, tetapi suami mencadangkan agar kami ke sana menaiki flight, saya pun bersetuju kerana perjalanan mengambil masa hanya 1 jam berbanding menaiki kereta, 10 jam.

Jadi, pada 16 mac, 7 a.m kami pun bertolak dari rumah menuju ke putrajaya, dan meltakkan kereta di rumah pakcik suami, dan anaknya pula menghantar kami ke Lcct. Masa berlepas adalah jam 1025 a.m jadi kami makan dan berbual sambil menunggu masa tiba. Bila nk boarding je depa duk tahan:

stewardess: eh, puan mengandung ye?
saya: haa..aaaa...aah..yea...(alamak! ape aku nk jawab ni...nmpak pulak..mcmna bole terlupa nk cover perut ni?Adoi!)
stewardess: puan dah dapat kebenaran belum? berapa bulan?
saya: belum, depa lepas je....dalam 5 bulan...(padahal dah nk 8 bulan..tgh sarat kot...nasib baik perot comel...nmpak kecil drpd biasa..hehe)
stewardess: ok...isi borang pelepasan dulu..
saya:ok...(wah! semakin lambat...saya nk duk tepi tingkap! tak suke!)

*hmm...harap yang ibu mengandung yang lain jgn tipu usia kandungan ye, nanti jadi cam saya, mula2 nk flight nk naik tu punya la cuak takot terberanak...tp saya cakap kat dorang 5 bulan...hehe..takot la pape jadi kan susah..

Sampai saja di Airport Sultan Ismail Petra, Kelantan, kami mencari kereta sewa dan terus gerak menuju rumah pengantin di Pasir Mas. Ini adalah kali kedua saya menghadiri kenduri kawen di negeri serambi mekah ini, dan suasana nya amat jauh berbeza berbanding dengan majlis perkahwinan di negeri lain. Di sini, tiada paluan kompang, nyanyian, joget lambak, dj, karaoke,dan sebagainya. Sambutan nya amat sederhana, dan tidak berlebih2an. Namun begitu, majlis tetap berjalan lancar. Saya lebih suka dengan majlis sebegini, kerana ia tidak bersifat menunjuk2, membazir, dan tidak membebankan.Semoga Allah memberkati pasangan pengantin ini dan mengurniakan anak2 yang sihat, ramai dan comel... huhu...

Destinasi seterusnya, kami mencari rumah keluarga umi ( untuk kenduri yang lagi satu keesokkan harinya). Berpusing2 kami mencari kampung berlian, siap tanya budak2 lagi..

Saya: adik sekolah kebangsaan kok keli kat mana ya?
Adik tersebut: haa! haa! sambil muka berkerut
saya & suami: sk kok keli..sk kok keli...
Adik tersebut:owh...skoloh?skoloh? koloh? koloh kok keli..mung teghuh jo..teghuh jo..
saya : ok...terima kasih adik...sambil terpinga2..aiyoh sungguh pekat bahasa mereka..suami boleh la faham sikit2...saya ni agak nya memang out teros..haha memang tok sir lagi..haha akhirnya kami terpaksa telepon abah juga ambil kami di depan skoloh kok keli tu...sbb dah tataw jalan betol2 dah..huhu

aktiviti malam saya duk tidur ja di bilik hotel akibat kepenatan..kami menginap di grand riverview, berdepan dengan sg kelantan..hehe

ni lah gambar2 keesokan hari nya..

ini gambar masa sarapangambar di dalam bilik hotel yang mengadap bandar kota bharu


berikut adalah gambar dirumah pengantin, di Tumpat
(kali ni pergi pun berjam2 pusing sbb jalan yang kami ikut semalam tutup untuk tujuan pembaikan..jadi pusing jauh lah..keluar balik, tanya orang, tanya posmen, tubik2, perkataan apa lagi semua keluar..ceq tak paham lor..huhu ponin den! last2 abah jua yang pergi mengambil...huhu)

rakan2 atau pembaca sekalian, anda lihat perut ku semakin membesar selari dengan ketembaman pipiku dan badan ku..waduh2!
(*suami pun bakal mengikuti jejak langkah..T_T)



anak dara + bakal mak dara..hehe
(*ouh! tengok la tu sungguh besar daripada biasa..T_T)

anak menantu + mertua..=)

*pic pengantin tak sempat nk snap..huu

selesai kenduri di tumpat kami pun bergerak pulang ke Kota bharu untuk membeli buah tangan nk bawa balik KL.. Flight kami pada malam tersebut jam 1010 p.m T_T...cepat kan?huhu
sempat la menyinggah di pasar ct khadijah kejap..then teros ke Airport sbb pukul 7 p.m dah kena pulang kereta sewa...so..berkampung la di airport smpai jam 10 p.m, then balik rumah..sampai dalam jam 1 pg lah lebih kurang...sangat penat..tapi enjoy..=)

Jadi, sampai di sini lah cerita saya bersama suami di kelantan...Next time kalau nk pergi, kene lah lama sikit...x larat saya yang berbadan dua ni nk berlagak slim...adeh!
wasalam.











Comments

Unknown said…
fati!! tembamnya! haha..suka2! laki mung pun mcm nak lawan je tuh..hahahah..
~FathinaZahida~ said…
haha...tau xpe...aku geram btol ni besar sgt asenye...kalau dari blakang agak nye 2 3 kali korang baru dpt cam aku...owh tidaaaaaak!!
+rudygoeslow+ said…
hahahaha ! lawok2 n3 muh ni..
~FathinaZahida~ said…
nok wak lagu mano..dah tu jo kawe gheti...nok kecek penuh2 tok sir g..haha
Unknown said…
xpe ah besar.selama ni tgk ko kecik.biar la lain dr lain skrg..hehehe..ble mau jmpe ni??? x sabarnye!

Popular posts from this blog

Terima Kasih Sayangku

\ 1 August adalah ulangtahun perkahwinan ku bersama suami tercinta. Sudah genap 6 tahun kami mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 3 cahaya mata, Amani Faryssa, Amru Fathullah, Aisya Zulaikha. Aisya zulaikha telah pergi mendahului kami menanti dipintu syurga.  Esoknya,2august 2016 kami didatangi dgn berita duka, atuk perempuan yang paling ku sayangi telah pergi menghadap Penciptanya. Arwah atuk (Sahadar Bt Dawood) berasal kepulauan sumatera dan datang ke Malaysia Sejak dari kecil lagi bersama kakak kandung. Kehidupan yang sangat susah sejak dari kecil membuatkan atuk sangat cergas dan cekap dalam membuat kerja rumah. Setiap kali kami pulang ke kampung, atuk mesti bangun dan masak..walaupun beliau sedang demam atau sakit..kaki bengkak.. masih lg tersenyum melihat kami. Saya dibesarkan oleh arwah atuk sejak dari bayi lagi. Waktu itu Abah dan arwah mak masih bekerja. Jadi atuk lah yang banyak membantu menjaga cucu dia yg sorang ni. Bermacam perangai..tapi atuk masih s

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

Suka Ambil Gambar Sebab...Cantik..

Dahulunya, cik puan yang bernama siti fathinah zahidah ni seorang yang suka bergambar, pergi lah ke mana sahaja, pasti tangan di hadapkan ke atas, pusingkan telefon lepastu, chekiiiit!!! Yes, beribu gaya dalam satu snap..hmm TAPI!!!! bila lepas kawin rasa macam kurang keinginan tuk bergambar ni. Rasa segan menebal. Yelah nanti orang kata apa pulak kan anak berlari sana sini, mak nye tak sedar diri chekiit sana!!!! chekiiit sini!!! macam tak sesuai gitu. Salah satu faktor nya rasa sudah makin kurang cantik ( perasan dulu cantik ), atas dasar sudah kurang masa untuk bercantik, ouh ayat.......(-______-)" kalau ikutkan sebenarnya boleh je, antara rajin dan malas. INILAH!!!!!!!!! satu2 nya mentaliti kaum wanita apabila sudah berkahwin.  Dulu sebelum kawen tengok orang yang dah kawen selekeh, kemain mengata lagi . Tapi sekarang i dah tau, betapa bukan mudahnya bagi wanita untuk berhias KHAS untuk suami. Kadang tu bila suami balik penat2, bukak pintu je, mak aih!!! mac