Skip to main content

It's 2 already...

Diam tak diam, hari ini genap 1 August 2012 aku menikahi seorang lelaki yang bernama Muhd Amirul Mukminin Baharom. Syukur Alhamdulillah Allah masih lagi memberiku nafas untuk aku mengenali hati budinya dengan lebih mendalam lagi.

Aku masih ingat lagi kali pertama kami bertemu pada bulan MEI 2010,dalam bilik mesyuarat Halmart KD, di iringi bersama ayahku yang turut di undang. Pandangan pertama aku ingatkan dia ni sudah pun berumah tangga..dan mungkin dah ada anak pun..huhu..rupanya masih single..hmm seriously terkejut..tp tu lah hakikatnya...masih SINGLE u.!! huhu..dalam masa perkenalan kami x banyak babak romantik pun. Ada satu time tu dia nk ajak keluar g dinner aman palestine, sbb ada tiket lebih. He asked me whether i wanna go or not. I'm not refused, but i don't even know why am i asked him to get permission from my dad directly!! AND!!!! dia terus tanya my dad..  -____-" seriously, aku sangat terkejut. Since that day, memang aku macam tersentuh sikit kalau bab dia ni..mcm serasa ada feeling gitu…tapi tak kuat sgt..hoho…
By then, bila sampai JUNE 2010, ayah nya datang merisik one to one dengan my dad dekat kedai mamak..huhu lepas tu lah terus buat persiapan…cepat kan?!

Bila masuk 25th JULY 2010  aku bertunangan dan 1st August 2010 aku sudah sah menjadi isteri beliau.

Dan perkahwinan kami ni rasanya sesangat simple, kalu dulu impikan bersanding la macam2, tp bila dah kawen baru rasa, mcm x berbaloi buat sanding semua tu…tp terpulang la hak masing2..

Semenjak kenal amirul, aku mula berjinak dgn lagu maher zain. Sambil meniti hari perkahwinan pun masih dengar lagu dia. Bila sekarang dengar lagu dia, terasa bahangnya seperti masih lagi membuat persiapan kawen tu..huhu..

Hmm, aku sgt bersyukur memiliki beliau sebagai suami. Masing2 mempunyai kekurangan, tp saling melengkapi. Saling bertolak ansur. Dan paling aku respect, dia seorang yang penyabar.

Kini kami di anugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk mata hati kami, Amani Faryssa..Gelagatnya memang tak kering gusi dibuatnya..huhu..=)

Aku berharap dan mendoakan kesejahteraan beliau dunia dan akhirat, Amiin....




Comments