Skip to main content

cerita di nando's alamanda

Alhamdulillah,
Syukur kehadrat Allah SWT, kerana saya masih dikurniakan kudrat yang tidak ternilai ertinya.
Baru semalam saya di beri kesempatan bertemu kembali teman2 seperjuangan saya sewaktu belajar di UiTM segamat dahulu. Ketawa sendirian bila mengimbau kembali kenangan bersama mereka. Walaupun perjumpaan kali ni hanya berlima, topik yang di bincang kan ibarat berbual dengan 10 orang..Penuh dengan cerita masing2.

Dahulu pada tahun2007 sehingga 2010 kami melanjutkan Ijazah Sarjana muda kami dalam bidang pemasaran. Masing2 dengan perangai kebudakkan. Sekarang ni semua sudah matang. Ada yang hampir sangat nak berumah tangga dan kesemua nya berjaya. Alhamdulillah.


Saya (yang bertudung kuning di depan sekali) adalah yang paling awal sekali berkahwin, dan dah ada anak sorang pun. Kali ni, yang nak berkahwin pada 28 Oct 2012 ni ialah Azlin (yang bertudung bawal biru). Kecil comel kan, tp itulah hakikatnya, akan menjadi isteri org x lama lagi. Azlin, sekarang bertugas sebagai guru bahasa inggeris. Macam tidak percaya, tp itulah kebenarannya.

Yang akan berkahwin bulan december ni ialah Syida (bertudung purple ala fareeda). Teman menariku...huhu...syida pun bertugas sebagai guru. Dan yang bertudung hitam pula ialah Hanani, akan bertunang pada awal tahun depan. Yang pakai pashmina tu jangan tanya dulu dia belum confirm bila lagi..hehe

Syukur Alhamdulillah, semuanya sudah ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga. DAN ceritanya di sini HARUS lahh topik yang sangat hot..Dorang pun bertanya la pada fathy ni

"macam mana dunia perkahwinan, apa petua...?"

Dengan Pengalaman berkahwin selama 2 tahun ni, begini lah cara jawapan fathy

"Don't expect too much from your Partner............."

explaination please.....!
macam ni lah, kita dilahir kan sebagai seorang manusia, yang pastinya ada kekurangan, begitu juga pasangan kita. Jadi belajarlah untuk menerima dia seadanya, walaupun pahit, tapi tak salah mencuba untuk kebaikan bersama. Jangan terlalu mengharap suami kita menjadi romantik jika dia seorang hati batu, jangan mengharapkan suami kita rajin membantu jika dia pemalas,jangan mengharapkan suami kita boleh pamper kita every second jika dia asyik main games.., NO!!!!jangan terlalu mengharap, sbb nanti diri sendiri yang akan kecewa...

so girls!!!!
nah amik gambar u'ollss, 






salam.

Comments

Unknown said…
Likeeeeeee!!! X sangke u active blog skrg.. Teruja
Bc!!!

Popular posts from this blog

Terima Kasih Sayangku

\ 1 August adalah ulangtahun perkahwinan ku bersama suami tercinta. Sudah genap 6 tahun kami mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 3 cahaya mata, Amani Faryssa, Amru Fathullah, Aisya Zulaikha. Aisya zulaikha telah pergi mendahului kami menanti dipintu syurga.  Esoknya,2august 2016 kami didatangi dgn berita duka, atuk perempuan yang paling ku sayangi telah pergi menghadap Penciptanya. Arwah atuk (Sahadar Bt Dawood) berasal kepulauan sumatera dan datang ke Malaysia Sejak dari kecil lagi bersama kakak kandung. Kehidupan yang sangat susah sejak dari kecil membuatkan atuk sangat cergas dan cekap dalam membuat kerja rumah. Setiap kali kami pulang ke kampung, atuk mesti bangun dan masak..walaupun beliau sedang demam atau sakit..kaki bengkak.. masih lg tersenyum melihat kami. Saya dibesarkan oleh arwah atuk sejak dari bayi lagi. Waktu itu Abah dan arwah mak masih bekerja. Jadi atuk lah yang banyak membantu menjaga cucu dia yg sorang ni. Bermacam perangai..tapi atuk mas...

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

sabar itu indah

Meniti hari sebagai seorang manusia yang daif tentang ilmu, amat mendukacitakan. kita di berikan akal untuk digunakan ke arah kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Tapi kita sering lupa, setiap ilmu yang Allah kurniakan kadang2 kita lupa untuk mengamalkannya. Lebih teruk lagi, langsung tidak mengamalkannya.  Aku bukan insan yang sempurna di mata manusia,sering melakukan kesilapan. Tapi aku kadang terlupa bahawa sempurna di mata manusia tidak sepenting sempurna di mata Allah. Aku percaya bahawa setiap ujian yang aku lalui adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kesyukuranku pada Tuhan Pencipta Alam. Sungguh, kadang pabila ada musibah yang melanda, aku kurang sabar, aku kurang syukur. Nah!! setan menghasut dengan pelbagai hasutan supaya aku berpaling, supaya aku alpa bahawa semua musibah itu adalah kurniaan daripada Allah agar aku menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa, dan bermunajat hanya padaNya. Sabar, Sungguh mengagumkan apabila seorang muslimah dapat m...