Skip to main content

sabar itu indah

Meniti hari sebagai seorang manusia yang daif tentang ilmu, amat mendukacitakan. kita di berikan akal untuk digunakan ke arah kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Tapi kita sering lupa, setiap ilmu yang Allah kurniakan kadang2 kita lupa untuk mengamalkannya. Lebih teruk lagi, langsung tidak mengamalkannya. 

Aku bukan insan yang sempurna di mata manusia,sering melakukan kesilapan. Tapi aku kadang terlupa bahawa sempurna di mata manusia tidak sepenting sempurna di mata Allah. Aku percaya bahawa setiap ujian yang aku lalui adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kesyukuranku pada Tuhan Pencipta Alam. Sungguh, kadang pabila ada musibah yang melanda, aku kurang sabar, aku kurang syukur. Nah!! setan menghasut dengan pelbagai hasutan supaya aku berpaling, supaya aku alpa bahawa semua musibah itu adalah kurniaan daripada Allah agar aku menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa, dan bermunajat hanya padaNya.

Sabar,
Sungguh mengagumkan apabila seorang muslimah dapat mengawal perasaan sabarnya. Aku kadang terkurang sabar, tapi aku pendiam, dan tidak mudah melenting, namun ku biarkan ia terbuku jauh di sudut hati. Tapi, aku mudah melupakannya. Aku bersyukur kerana aku tidak di kurniakan rasa berdendam.

Sabar itu indah, apabila kita mengerti akan syukur.Syukur itu subur dan menyuburkan seluruh hati. Alangkah nikmatnya apabila reti makna syukur. "Semuanya berbalik pada hati" kata suami saya. Saya amat setuju akan kata2 itu. Apa sahaja yang kita lakukan akan berbalik semula pada niat dari hati. Apabila kita berfikir dengan menggunakan akal sahaja, ia pasti tidak stabil. Maka hati yang bersih lah menjadi hak mutlak sesebuah syukur.

Semoga aku menjadi orang yang sabar dan sentiasa bersyukur tidak kira nikmat atau ujian yang di beri.







Comments

Popular posts from this blog

Kawe nok kecek kelate pung tok sir lagi...

Setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa berdua2an akhirnya, kelantan juga destinasi kami kali ini. Kebetulan pula keluarga umi mengadakan kenduri menyambut menantu di Tumpat dan kebetulan juga ada kenduri kawen salah seorang staff funcel di Pasir Mas, Kelantan. kalau nak diikutkan saya memang tak larat nk pergi sebab perut dah semakin membolat, tetapi suami mencadangkan agar kami ke sana menaiki flight, saya pun bersetuju kerana perjalanan mengambil masa hanya 1 jam berbanding menaiki kereta, 10 jam. Jadi, pada 16 mac, 7 a.m kami pun bertolak dari rumah menuju ke putrajaya, dan meltakkan kereta di rumah pakcik suami, dan anaknya pula menghantar kami ke Lcct. Masa berlepas adalah jam 1025 a.m jadi kami makan dan berbual sambil menunggu masa tiba. Bila nk boarding je depa duk tahan: stewardess: eh, puan mengandung ye? saya: haa..aaaa...aah..yea...(alamak! ape aku nk jawab ni...nmpak pulak..mcmna bole terlupa nk cover perut ni?Adoi!) stewardess: puan dah dapat kebenaran belum? be...

babyMu, babyKu jua...heh heh

Tergelak besar saya mendengar statement suami "..babymu, babyku jua.." haha macam comel je gitu..al maklum lah bakal menanti kelahiran permata hati sulung kami...berdebar rasanya..tinggal lagi beberapa hari je lagi..perut ni pun dah rasa macam nk meletup pun ada, yelah sebelum ni tak pernah lagi se'buncit' ini..teehee.. Start dah masuk 28 minggu hari tu, doc dah pesan suruh kira pergerakan bayi setiap hari, dari pagi sampai cukup 10 kali. Kalau nk ikutkan malas nk kira, sebab sebelum minggu 28 lagi baby dah gerak sangat aktif (mungkin ikot bapaknye kot..har! har!) rasa macam dah tak terkira lah...tapi disebabkan ada kes baby terbelit tali pusat dan lemas dalam perut, saya pun kene lah berhati2 dan mengira pergerakan baby. kalau nak ikutkan teruja nya menanti baby lahir ni memang lah tak dapat nk dikontrol, kalau boleh 24 jam nk g scan tgk dia kat dalam komputer doc tu, tp memandangkan banyak lagi koje lain nk di setelkan, tak dapek lah den nk nolong..hmm..ramai yang t...

1,2,3.......4..~poligami???~

bila menyebut tentang poligami, semua wanita dalam dunia ini pasti merasa panas dan tak keruan..haih...sape tak sayang suami kan..poligami ini menghendaki kita sebagai kaum wanita untuk berkongsi kasih dan sayang dengan wanita lain dgn suami kita,,... baru pagi tadi suami saya menyebut tentang poligami. Baru seminggu bernikah kot..dah sebut pasal poligami...hmm, benda ni sgt merunsingkan hati saya, yang sehingga waktu saya menulis post ini pun masih lagi terganggu dgn perkataan P.O.L.I.G.A.M.I...Wah sungguh berat ujian untuk kaum hawa ini kan... namun begitu, dalam pada hati saya memberontak untuk mengatakan TIDAK, tetapi mulut saya berkata, SAYA IZINKAN..mengapa? hakikatnya disini, sang suami harus faham, TIDAK pada hati bererti, tidak mahu berkongsi kasih sayang, dimana saya membayangkan apa jua yang dilakukan bersama suami selama hidup bersama,akan dilakukan juga bersama wanita lain..sanggup kah?pasti cemburu meluap2..mmg pada niat sang suami itu ingin membantu kaum hawa di luar san...