Skip to main content

Suka Ambil Gambar Sebab...Cantik..


Dahulunya, cik puan yang bernama siti fathinah zahidah ni seorang yang suka bergambar, pergi lah ke mana sahaja, pasti tangan di hadapkan ke atas, pusingkan telefon lepastu, chekiiiit!!! Yes, beribu gaya dalam satu snap..hmm TAPI!!!!
bila lepas kawin rasa macam kurang keinginan tuk bergambar ni. Rasa segan menebal. Yelah nanti orang kata apa pulak kan anak berlari sana sini, mak nye tak sedar diri chekiit sana!!!! chekiiit sini!!! macam tak sesuai gitu.
Salah satu faktor nya rasa sudah makin kurang cantik (perasan dulu cantik), atas dasar sudah kurang masa untuk bercantik, ouh ayat.......(-______-)" kalau ikutkan sebenarnya boleh je, antara rajin dan malas.

INILAH!!!!!!!!! satu2 nya mentaliti kaum wanita apabila sudah berkahwin. 
Dulu sebelum kawen tengok orang yang dah kawen selekeh, kemain mengata lagi.
Tapi sekarang i dah tau, betapa bukan mudahnya bagi wanita untuk berhias KHAS untuk suami.

Kadang tu bila suami balik penat2, bukak pintu je, mak aih!!! macam kelawar!! dengan baju kelawar nye... isteri: "alah...aku pakai lah macam mana pun, kami kan dah kawen ape nk dirisaukan takkan lari lah kalau pakai macam mana sekalipun"
Suami: "Hari2 baju kelawar, kalau macam ni nak cari bini pakai baju lain lah pulak, baju harimau pulak ke,"
kadang tu bukan tak boleh nak pakai baju lain, tapi mungkin agaknye selesa masuk angin agak nye..huhu, by the way, para isteri kena ingat, suami balik kerja penat tahap dewa sekali pun, kalau dah tengok isteri pakai baju sexy sikit ala megan fox tu, mana tak jadi tenteram jiwa dia kan... tapi kalau yang duk rumah mak ayah tu jangan la pakai sexy terus pi bukak pintu depan, tunggu dalam bilik sudah..

KAlau bab pakaian ni ada lagi satu, yang jenis lepas masak bau bawang bercampur ikan, berdiri je depan suami, suami terus pitam, weh, kasihan suami tu, dah lah kat luar sana hidu asap rokok la, asap kereta la penuh dengan pencemaran, balik rumah konon nk fresh air la skit, alih2 sama takpun lagi teruk..ingat ya, jangan sampai suami tegur bau bawang dan ikan tu, malunyerrr!!!

Ada kes ni pulak, isterinya memang cantik, tapi bila dengan suaminya je terus jadi Singa!! gara2 balik lambat sebab p minum dengan kawan2..ish..ish..ish..dulu waktu bercinta..."takpe lah awak keluar je lah dengan kawan awak p tgk bola tu, saya tak minat bola lah, saya faham minat awak..." tapi lepas kawen...truut..truut!! truut..truut!!! 
Suami: Hello sayang..=)
Isteri: Abang p mana? dah pukul berapa tak balik ni?
Suami: abang jumpa kawan jap, ada hal sikit, kenapa sayang..
Isteri: abang tau tak sayang tunggu abang balik dah lama tau, abang balik sekarang jugak!!! sambil tu jangan lupa roti pisang yang i pesan tadi
(kalau baca dialog atas ni, aplikasikan intonasi nya ya)
Ada tak situasi macam ni kat luar sana? mesti ada kan..saya turut bermuhasabah diri untuk tidak menghalang apa sahaja minat suami asalkan tanggungjawab dilaksanakan DAN lembutkan la sedikit suara tu...=)

Tapikan kalau diikutkan sebenarnya, cantik tu bukan hanya paras luaran sahaja, cantik dari hati lah yang paling sempurna. So, yakinkan diri untuk tampil cantik untuk suami asalkan jangan menyiksa diri dan  jangan buat perkara yang dilarang ALLAH swt.

bawah ni picture yang saya snap sendiri waktu honeymoon 2010 dulu..

err..bawah ni pun saya yang snap sendiri...raya pertama sbg suami isteri 2010 ouh... x)


 DAN ini!!!2012 raya aidiladha beb!!!2012 tu, save the date ok, latest picture by my hand..hiihi

*wonder..tahun 2011 memang langsung takde snap pic by my hand kerr?? (-____-)"...err..i mean yang ala tangan di hadapkan ke atas, pusingkan telefon lepastu, chekiiiit!!!

Comments

Unknown said…
Fati n camera x dpt dipisahkan..

Popular posts from this blog

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

Kawe nok kecek kelate pung tok sir lagi...

Setelah sekian lama tidak dapat meluangkan masa berdua2an akhirnya, kelantan juga destinasi kami kali ini. Kebetulan pula keluarga umi mengadakan kenduri menyambut menantu di Tumpat dan kebetulan juga ada kenduri kawen salah seorang staff funcel di Pasir Mas, Kelantan. kalau nak diikutkan saya memang tak larat nk pergi sebab perut dah semakin membolat, tetapi suami mencadangkan agar kami ke sana menaiki flight, saya pun bersetuju kerana perjalanan mengambil masa hanya 1 jam berbanding menaiki kereta, 10 jam. Jadi, pada 16 mac, 7 a.m kami pun bertolak dari rumah menuju ke putrajaya, dan meltakkan kereta di rumah pakcik suami, dan anaknya pula menghantar kami ke Lcct. Masa berlepas adalah jam 1025 a.m jadi kami makan dan berbual sambil menunggu masa tiba. Bila nk boarding je depa duk tahan: stewardess: eh, puan mengandung ye? saya: haa..aaaa...aah..yea...(alamak! ape aku nk jawab ni...nmpak pulak..mcmna bole terlupa nk cover perut ni?Adoi!) stewardess: puan dah dapat kebenaran belum? be...

having a baby?? what a surprise!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera hendaknya..mudah2an semuanya berjalan dgn lancar seperti yg dikehendaki.. entri kali ini lebih menuju ke arah kehidupan baru yg bakal dilalui oleh saya dan suami. Bersyukur saya kepada Allah S.w.t kerana dilimpahkan kurniaan rezeki zuriat yang mencecah 8 minggu..bak kata kawan saya, "bunting pelamin kau ye..." haha.. Sungguh saya akui walaupun kandungan saya baru mencecah beberapa minggu, tetapi saya sudah tidak sabar untuk melahirkan. Tempoh 9 bulan itu tidak lah terlalu lama bagi saya (pejam celik pejam celik...dah 9 bulan) tetapi untuk menahan sakit dan peritnya sewaktu proses pertukaran hormon aka morning sickness terjadi amatlah menyeksakan, dan akhirnya 9 bulan itu dijadikan satu tempoh yang agak lama bagi saya. Sekarang baru lah saya merasakan bagaimana susahnya ibu mengandungkan saya dahulu, inikan pula saat kelahiran. Kata suami saya, " wanita itu mempunyai kekuatannya tersendiri yang Allah s.w.t ciptakan untuk m...