Skip to main content

Terima Kasih Sayangku

\

1 August adalah ulangtahun perkahwinan ku bersama suami tercinta. Sudah genap 6 tahun kami mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 3 cahaya mata, Amani Faryssa, Amru Fathullah, Aisya Zulaikha. Aisya zulaikha telah pergi mendahului kami menanti dipintu syurga.

 Esoknya,2august 2016 kami didatangi dgn berita duka, atuk perempuan yang paling ku sayangi telah pergi menghadap Penciptanya.

Arwah atuk (Sahadar Bt Dawood) berasal kepulauan sumatera dan datang ke Malaysia Sejak dari kecil lagi bersama kakak kandung. Kehidupan yang sangat susah sejak dari kecil membuatkan atuk sangat cergas dan cekap dalam membuat kerja rumah. Setiap kali kami pulang ke kampung, atuk mesti bangun dan masak..walaupun beliau sedang demam atau sakit..kaki bengkak.. masih lg tersenyum melihat kami.

Saya dibesarkan oleh arwah atuk sejak dari bayi lagi. Waktu itu Abah dan arwah mak masih bekerja. Jadi atuk lah yang banyak membantu menjaga cucu dia yg sorang ni. Bermacam perangai..tapi atuk masih senyum melihat telatah cucunya. Atok tak pernah merungut penat atau lelah menjagaku. Setiap hari pergi sekolah, atuk sikat kan rambut dan pakai kan minyak zamzam. Arwah atuk lelaki yang hantar pergi sekolah naik motor. 
Kalau ikut kan dulu saya ni sejenis pemalas nk pegi sekolah, menangis la..buat2 sakit la, pening la, tp atok layankan aje perangai tak semenggah tu..huhu..
Sebelum pergi sekolah mesti sarapan,balik sekolah makan tengahari dah siap terhidang. Lauk yg paling saya suka dan ingat adalah, ikan bakar, air asam, sambal udang, sayur kobis goreng. Semua tu takkan dapat dah rasa yg sama di mana2. Even penah try buat sendiri, tapi tetap tak sama. 

Saya tak pernah berpisah dengan atuk,sampaila darjah 6 saya ikut mak dan abah pindah ke Kota damansara. Waktu tu sedih sangat, tp mak selalu cakap jangan sedih insyaAllah kita balik jenguk atuk selalu. Setahun je, balik selalu, lepas tu arwah mak disahkan menghidap kanser payudara. Waktu bnyk dihabiskan kat hospital. Sampai tahap arwah mak dah tak dapat disembuhkan lagi, arwah atuk pun datang jaga kami dan arwah mak. Waktu arwah mak hembuskan nafas terakhir pun dipangkuan arwah atuk dan saya.

Lepas 3bulan arwah mak meninggal dunia, abah pun kahwin baru. Sejak dari tu kami adik beradik jarang balik kampung jenguk atuk. Boleh kata setahun sekali (musim raya je pun). Start dari tu lah kami jarang berhubung. 

Atuk sangat penyabar, tiap kali telefon cakap kami tak dapat balik, atuk pasti kata tak apa lah nak buat macam mana. Tapi baru kami tau dia selalu mengadu rindu pd saya adik beradik dengan anak saudaranya. Tengok gambar kami adik beradik. Sedih 

Tapi Allah swt lebih sayangkan beliau, Lepas ni tiap kali raya tak ada lagi wajah yg kami rindu itu, wajah yang kami sayang. 

Sesungguh nya, saya dan adik beradik sangat mengasihi beliau. Kami bersyukur diberi peluang dibesarkan oleh arwah atuk. Kami sangat berterima kasih kepada tangan yang memasak memberi kami hidangan yg lazat, menatap kami dengan mata kasih sayang, bercerita dengan kami tentang kisah2 silam yang membahagiakan dan mencium kami dengan penuh kasih dan rindu.

Semoga Arwah atuk di tempatkan dikalangan para solehin dan sentiasa di limpahi rahmat Allah SWT. Al fatihah.

#jujurakurindu





Comments

Popular posts from this blog

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

sabar itu indah

Meniti hari sebagai seorang manusia yang daif tentang ilmu, amat mendukacitakan. kita di berikan akal untuk digunakan ke arah kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Tapi kita sering lupa, setiap ilmu yang Allah kurniakan kadang2 kita lupa untuk mengamalkannya. Lebih teruk lagi, langsung tidak mengamalkannya.  Aku bukan insan yang sempurna di mata manusia,sering melakukan kesilapan. Tapi aku kadang terlupa bahawa sempurna di mata manusia tidak sepenting sempurna di mata Allah. Aku percaya bahawa setiap ujian yang aku lalui adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kesyukuranku pada Tuhan Pencipta Alam. Sungguh, kadang pabila ada musibah yang melanda, aku kurang sabar, aku kurang syukur. Nah!! setan menghasut dengan pelbagai hasutan supaya aku berpaling, supaya aku alpa bahawa semua musibah itu adalah kurniaan daripada Allah agar aku menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa, dan bermunajat hanya padaNya. Sabar, Sungguh mengagumkan apabila seorang muslimah dapat m...