Skip to main content

bagaimana MAHU, jika kita sendiri TIDAK?

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera kesemuanya. Semalam baru sahaja saya menghabiskan entri pertama saya semenjak disahkan hamil. Alhamdulillah, keadaan saya hari ini baik sedikit berbanding sebelumnya. Hari ini juga, ibu dan ayah mertua saya ke Langkawi membawa temannya dari Sri Lanka berjalan2, manakala suami saya sibuk dengan urusannya. Jadi, saya berseorangan di rumah ini.Ops, lupa bersama bayi saya yg disayangi dalam perut..=)

Entri pada hari ini bertajuk pelik.
Pasti sesiapa yang membaca mempunyai perspektif masing2 dalam menilai tajuk saya, dari segi apakah?bagaimanakah? Jangan risau, entri ini adalah entri berbentuk luahan hati atau pandangan saya mengenai pasangan yang bakal menjadi ibu dan ayah (wah, akhir2 ni entri berbentuk keibubapaan ya! haha).

Semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi bagi saya dengan hanya menyediakan barangan atau kesenangan materialistik semata tidak cukup membentuk anak2 mengejar akhirat. Ramai menyatakan bahawa perangai ibu yang mengandung akan diikuti oleh anak dalam kandungan. Saya setuju sama sekali,
ini kerana meskipun bayi dalam kandungan tidak dapat melihat, tapi dia dapat mendengar pertuturan atau perbualan sekeliling dengan jelas. Atas alasan itu lah ibu menngandung disarankan untuk mengaji Al Quran kerana di situ terdapat keberkatannya.

Jadi di sini lah saya tekankan tajuk saya di mana

bagaimana kita MAHU anak kita mengenal Ayat2 Al Quran, jika kita sendiri TIDAK mendidik nya sejak dari dalam perut dengan mengaji?


bagaimana kita MAHU anak kita sebijak ulama', jika kita sendiri TIDAK banyak membaca bacaan yang baik?


-gambar hiasan-

bagaimana kita MAHU anak kita menjauhi maksiat, jika kita sendiri TIDAK mengelak maksiat berleluasa dalam diri kita?

bagi para isteri pula, bagaimana kita MAHU anak kita mendengar kata, jika kita sendiri TIDAK mendengar kata suami?


bagaimana pula jika kita MAHU anak kita berakhlak mulia, jika kita sendiri TIDAK menunjukkan contoh akhlak yang baik?


bagaimana kita MAHU mendidik anak menghormati kita, jika kita sendiri TIDAK menghormati ibu bapa sendiri? malah menyakiti hati mereka
Jadi, sebelum kita mahu mendidik anak2, mari lah kita sama2 beristighfar. Ubah diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah2an Allah mengurniakan kita anak2 yang soleh/solehah buat para ibu bapa semua.

Akhir sekali, pesanan untuk anakku yang masih berada dalam perut ini, jika kamu sudah dewasa, ingati, genggam dan pegang erat-erat 8 wasiat para nabi ini:

1. Jika kau beribadah kepada Allah, jagalah fikiranmu baik2
2. jika kau berada di rumah org lain jagalah pandanganmu

3. Jika kau berada di tengah2 majlis jagalah lidahmu

4. Jika kau hadir ke jamuan makan jagalah perangaimu

5. Ingatlah Allah selalu

6. Ingatlah maut yang bakal menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan kepada orang lain, dan;

8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.


Assalamualaikum wbt.

Comments

puanseri said…
betul. anak umpama cermin diri kita.
+rudygoeslow+ said…
mangai ~ sume org dh jd ibu..waiting for my turn..heehehehe :p

Popular posts from this blog

Terima Kasih Sayangku

\ 1 August adalah ulangtahun perkahwinan ku bersama suami tercinta. Sudah genap 6 tahun kami mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 3 cahaya mata, Amani Faryssa, Amru Fathullah, Aisya Zulaikha. Aisya zulaikha telah pergi mendahului kami menanti dipintu syurga.  Esoknya,2august 2016 kami didatangi dgn berita duka, atuk perempuan yang paling ku sayangi telah pergi menghadap Penciptanya. Arwah atuk (Sahadar Bt Dawood) berasal kepulauan sumatera dan datang ke Malaysia Sejak dari kecil lagi bersama kakak kandung. Kehidupan yang sangat susah sejak dari kecil membuatkan atuk sangat cergas dan cekap dalam membuat kerja rumah. Setiap kali kami pulang ke kampung, atuk mesti bangun dan masak..walaupun beliau sedang demam atau sakit..kaki bengkak.. masih lg tersenyum melihat kami. Saya dibesarkan oleh arwah atuk sejak dari bayi lagi. Waktu itu Abah dan arwah mak masih bekerja. Jadi atuk lah yang banyak membantu menjaga cucu dia yg sorang ni. Bermacam perangai..tapi atuk mas...

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

sabar itu indah

Meniti hari sebagai seorang manusia yang daif tentang ilmu, amat mendukacitakan. kita di berikan akal untuk digunakan ke arah kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Tapi kita sering lupa, setiap ilmu yang Allah kurniakan kadang2 kita lupa untuk mengamalkannya. Lebih teruk lagi, langsung tidak mengamalkannya.  Aku bukan insan yang sempurna di mata manusia,sering melakukan kesilapan. Tapi aku kadang terlupa bahawa sempurna di mata manusia tidak sepenting sempurna di mata Allah. Aku percaya bahawa setiap ujian yang aku lalui adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kesyukuranku pada Tuhan Pencipta Alam. Sungguh, kadang pabila ada musibah yang melanda, aku kurang sabar, aku kurang syukur. Nah!! setan menghasut dengan pelbagai hasutan supaya aku berpaling, supaya aku alpa bahawa semua musibah itu adalah kurniaan daripada Allah agar aku menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa, dan bermunajat hanya padaNya. Sabar, Sungguh mengagumkan apabila seorang muslimah dapat m...