Assalamualaikum wbt, salam sejahtera kesemuanya. Semalam baru sahaja saya menghabiskan entri pertama saya semenjak disahkan hamil. Alhamdulillah, keadaan saya hari ini baik sedikit berbanding sebelumnya. Hari ini juga, ibu dan ayah mertua saya ke Langkawi membawa temannya dari Sri Lanka berjalan2, manakala suami saya sibuk dengan urusannya. Jadi, saya berseorangan di rumah ini.Ops, lupa bersama bayi saya yg disayangi dalam perut..=)
Entri pada hari ini bertajuk pelik. Pasti sesiapa yang membaca mempunyai perspektif masing2 dalam menilai tajuk saya, dari segi apakah?bagaimanakah? Jangan risau, entri ini adalah entri berbentuk luahan hati atau pandangan saya mengenai pasangan yang bakal menjadi ibu dan ayah (wah, akhir2 ni entri berbentuk keibubapaan ya! haha).
Semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tetapi bagi saya dengan hanya menyediakan barangan atau kesenangan materialistik semata tidak cukup membentuk anak2 mengejar akhirat. Ramai menyatakan bahawa perangai ibu yang mengandung akan diikuti oleh anak dalam kandungan. Saya setuju sama sekali, ini kerana meskipun bayi dalam kandungan tidak dapat melihat, tapi dia dapat mendengar pertuturan atau perbualan sekeliling dengan jelas. Atas alasan itu lah ibu menngandung disarankan untuk mengaji Al Quran kerana di situ terdapat keberkatannya.
Jadi di sini lah saya tekankan tajuk saya di mana
bagaimana kita MAHU anak kita mengenal Ayat2 Al Quran, jika kita sendiri TIDAK mendidik nya sejak dari dalam perut dengan mengaji?
bagaimana kita MAHU anak kita sebijak ulama', jika kita sendiri TIDAK banyak membaca bacaan yang baik?
-gambar hiasan-
bagaimana kita MAHU anak kita menjauhi maksiat, jika kita sendiri TIDAK mengelak maksiat berleluasa dalam diri kita?
bagi para isteri pula, bagaimana kita MAHU anak kita mendengar kata, jika kita sendiri TIDAK mendengar kata suami?
bagaimana pula jika kita MAHU anak kita berakhlak mulia, jika kita sendiri TIDAK menunjukkan contoh akhlak yang baik?
bagaimana kita MAHU mendidik anak menghormati kita, jika kita sendiri TIDAK menghormati ibu bapa sendiri? malah menyakiti hati mereka Jadi, sebelum kita mahu mendidik anak2, mari lah kita sama2 beristighfar. Ubah diri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya. Mudah2an Allah mengurniakan kita anak2 yang soleh/solehah buat para ibu bapa semua.
Akhir sekali, pesanan untuk anakku yang masih berada dalam perut ini, jika kamu sudah dewasa, ingati, genggam dan pegang erat-erat 8 wasiat para nabi ini:
1. Jika kau beribadah kepada Allah, jagalah fikiranmu baik2
2. jika kau berada di rumah org lain jagalah pandanganmu
3. Jika kau berada di tengah2 majlis jagalah lidahmu
4. Jika kau hadir ke jamuan makan jagalah perangaimu
5. Ingatlah Allah selalu
6. Ingatlah maut yang bakal menjemputmu
7. Lupakan budi baik yang kau kerjakan kepada orang lain, dan;
8. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
Assalamualaikum wbt.

Comments