Skip to main content

seperti membunuh diri sendiri..

assalamualaikum..
rasanya sudah pasti ramai yg tahu bahawa kerajaan ada mengingatkan tentang bahayanya rokok, dan kita juga tahu islam turut mengharamkan penggunaan rokok WALAUPUN tidak dinyatakn secara terangan di dalam Al-Quran mahupun hadis. TETAPI kita semua tahu bahawa hukumnya makruh, bukan? saya senantiasa tertanya-tanya, posisi sebenar rokok terhadap kehidupan seharian kita.



marilah kita hayati alquran, fahami ia dengan penuh keinsafan.

firman ALLAH s.w.t, surah al-Nisa', ayat 29 yang bermaksud "...dan janganlah kamu membunuh diri kamu sendiri; sesungguhnya ALLAH Maha Penyayang kepada kamu."

mengapakah di umpamakan merokok itu seperti membunuh diri? seperti yang telah kita ketahui, tembakau di dalam rokok itu mengandungi nikotin yang sgt merbahaya pada kita yang boleh membunuh kita secara perlahan2 malah lebih cepat daripada arsenik dan racun tikus.

firmanNya lagi dalam surah al-Isra', ayat 27 yang bermaksud "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar terhadap Tuhannya"

hakikatnya ayat di atas dapat dikaitkan dengan perokok yang telah berhabis wang ringgit untuk rokok sahaja yang lebih teruk lagi mereka membazirkan nyawa yang telah Allah s.w.t kurniakan.

dalam Riwayat Ahmad daripada Ibn Abbas r.huma., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Tidak boleh memberi mudarat dan membalas mudarat."

merokok juga membahayakn orang di sekeliling akibat daripada asap rokok. Ibu bapa, anak isteri, saudara mara, turut terkena tempiasnya.

dalam hadis lain riwayat alBukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Umar r.huma., Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "sesiapa yang makan sayur ini (bawang), maka janganlah ia menghampiri masjid-masjid kami sehingga hilang baunya."

dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: " sesungguhnya (bau busuk itu) menganggu para malaikat sebagaimana ia mengganggu manusia (kerananya)."

seperti yang kita tahu bau rokok sangat menganggu dan kurang menyenangkan, jadi renungkan lah hadis diatas.

berikut adalah petikan daripada laman sesawang halaqah.net:

apabila seseorang menghisap atau menghidu asap rokok, ia akan masuk melalui kerongkong dan terus ke paru paru. Kandungan asap nya akan menyebabkan kerosakan tisu sepanjang perjalanan ruang ini. Kesannya mengakibatkan penyakit kerongkong, paru2 dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru2 dan merosakkan saluran bronkus yang menyebabkan bronkitis ( penyakit paru2).

juga menybabkan kerosakan pundi udara dalam paru2 (alveolus) dan menyebabkan penyakit emfisema. asap rokok yg dihidu juga melalui saluran penghadaman dan pencernaan yang menyebabkan penyakit bhgn esofagus, perut dan pankreas.

Racun rokok yang masuk kedalam saluran air dalam badan akan memasuki saluran darah dan dibawa keseluruh badan juga membuatkan saluran darah arteri menjadi sempit dan merosakkan dinding arteri.


jadi, terpulang lah pada anda untuk menafsirkan apa yang telah saya tuliskan, semoga Allah s.w.t memberkati hidup kita semua samada di dunia mahupun akhirat.

sekian.


Sumber rujukan: Solusi 40.

Comments

Popular posts from this blog

Terima Kasih Sayangku

\ 1 August adalah ulangtahun perkahwinan ku bersama suami tercinta. Sudah genap 6 tahun kami mendirikan rumah tangga. Kami dikurniakan 3 cahaya mata, Amani Faryssa, Amru Fathullah, Aisya Zulaikha. Aisya zulaikha telah pergi mendahului kami menanti dipintu syurga.  Esoknya,2august 2016 kami didatangi dgn berita duka, atuk perempuan yang paling ku sayangi telah pergi menghadap Penciptanya. Arwah atuk (Sahadar Bt Dawood) berasal kepulauan sumatera dan datang ke Malaysia Sejak dari kecil lagi bersama kakak kandung. Kehidupan yang sangat susah sejak dari kecil membuatkan atuk sangat cergas dan cekap dalam membuat kerja rumah. Setiap kali kami pulang ke kampung, atuk mesti bangun dan masak..walaupun beliau sedang demam atau sakit..kaki bengkak.. masih lg tersenyum melihat kami. Saya dibesarkan oleh arwah atuk sejak dari bayi lagi. Waktu itu Abah dan arwah mak masih bekerja. Jadi atuk lah yang banyak membantu menjaga cucu dia yg sorang ni. Bermacam perangai..tapi atuk mas...

baby mummy dah besar

Last weekend, saya dengan encik Hubby keluar jumpa teman lama di paradigm mall, Kelana Jaya. Dah lama tak jumpa sampai teman kata Amani dah besar macam dah umur 3 tahun, padahal baru 1 tahun 6 bulan. Tapi, gaya tak serupa macam baby berumur 1 tahun 6 bulan, terlebih matangnya. Dan seperti biasa, kalau nk pergi berjalan mesti kene duduk dalam stroller. Sebab kalau nk dukung tak larat lama, kalau bagi berjalan, mesti sayup2 je nampak nanti. Mulanya seronok lah Cik Amani tu duk dalam Stroller. TAPI, dalam 15 minit lepas tu, muka dah lain...macam ni: Lepas tu: Then, jadi macam ni pulak: Rupanya nak macam ni.....(-____-)" video yang nk ditunjukkan tak dapt nk upload pula ada masalah sikit (video dia nk tolak sendiri stroller tu)  So, Lepas ni kalau ada adik, amani tolong tolakkan stroller untuk adik pulak ye, bagus kakak amani ni tolong mummy..hihi

sabar itu indah

Meniti hari sebagai seorang manusia yang daif tentang ilmu, amat mendukacitakan. kita di berikan akal untuk digunakan ke arah kebaikan dan mengajak kepada kebaikan. Tapi kita sering lupa, setiap ilmu yang Allah kurniakan kadang2 kita lupa untuk mengamalkannya. Lebih teruk lagi, langsung tidak mengamalkannya.  Aku bukan insan yang sempurna di mata manusia,sering melakukan kesilapan. Tapi aku kadang terlupa bahawa sempurna di mata manusia tidak sepenting sempurna di mata Allah. Aku percaya bahawa setiap ujian yang aku lalui adalah untuk menguji sejauh mana tahap kesabaran dan kesyukuranku pada Tuhan Pencipta Alam. Sungguh, kadang pabila ada musibah yang melanda, aku kurang sabar, aku kurang syukur. Nah!! setan menghasut dengan pelbagai hasutan supaya aku berpaling, supaya aku alpa bahawa semua musibah itu adalah kurniaan daripada Allah agar aku menjadi insan yang lebih beriman, bertaqwa, dan bermunajat hanya padaNya. Sabar, Sungguh mengagumkan apabila seorang muslimah dapat m...